Dec 16, 2025 6PM
Dr Zulkifli Hasan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, dilantik sebagai Menteri bagi portfolio itu berkuat kuasa serta-merta, menggantikan Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang tidak lagi menganggotai Kabinet.
Pelantikan berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi pengumuman khas pembentukan barisan Kabinet baharu hari ini.

Jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kini diisi oleh Ustazah Marhamah Rosli.
Pengumuman tersebut disiarkan menerusi saluran utama televisyen serta platform media sosial rasmi Perdana Menteri.
Waktu Solat


18 Dec 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:49
















